Anggota Bomba maut, kemalangan di Johor selamat dikebumikan

Anggota Bomba memberi perhormatan terakhir kepada mendiang.
Advertisement

LAWAS, 1 April: Jenazah Pegawai Bomba mendiang Sylvester Rabar selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Layung, Sundar, di sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas berkata jenazah mendiang diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiba di Kota Kinabalu, Sabah pada jam 4 petang semalam.

Katanya, jenazah mendiang kemudian dibawa pulang ke kampung halamannya (Kampung Layung) dengan turut diiringi anggota bomba BBP Lawas.

Advertisement

“Rombongan membawa jenazah mendiang tiba di kampung Layung, Sundar, Lawas pada jam 8 malam dan selamat dikebumikan pada pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan mendiang yang berusia 24 tahun berkhidmat di BBP Kota Tinggi, Johor telah meninggal dunia pada 28 Mac selepas terlibat kemalangan jalan raya. — DayakDaily

Advertisement