Anak OKU bantu bersih surau

Pelatih PDK Samarahan diberi penerangan oleh pihak Bomba sebelum gotong-royong dijalankan.
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, Nov 28: Kekurangan pada diri tidak menjadi kekangan kepada anak-anak Orang Kurang Upaya(OKU) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan untuk mengadakan khidmat kemasyarakatan dengan mengadakan program gotong-royong membersih surau Al-Aqsa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan.

Gotong-royong berkenaan yang dilaksanakan di bawah Advoices Club disertai seramai 20 pelatih terdiri daripada anak-anak OKU dipengerusikan oleh adik Mohd Azhid Faizal.

Penyelia PDK Samarahan, Siti Ajar Drahman berkata, objektif aktiviti gotong-royong itu diadakan untuk memberi
keyakinan kepada masyarakat bahawa OKU juga mempunyai tanggungjawab yang harus dilaksanakan seperti insan normal.

Advertisement

Menurutnya, ia juga menggalakkan ahli-ahli Advoices Club lebih bersikap terbuka dan kreatif berfikir melalui program yang dirancang.

“Kita berhadap program yang telah diadakan dengan sokongan pihak BBP Kota Samarahan ini mencapai matlamat menggalakkan anak-anak OKU untuk berdikari dan menyumbang khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Pelatih PDK membantu membersihkan surau.

Katanya, Advoices Club PDK samarahan terdiri daripada OKU bermasalah pembelajaran.

“OKU bermasalah pembelajaran merupakan golongan yang terpinggir dalam dalam masyarakat.

“Jarang sekali mereka diberikan peluang menyuarakan menyuarakan pendapat, fikiran dan kehendak sendiri, membuat keputusan tentang kehidupan mereka sendiri,dan mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti secara aktif,” ujarnya.

Katanya, tujuan advokasi diri adalah bagi memberi keyakinan kepada OKU bermasalah pembelajaran memahami dan menerima keadaan diri, menghadapi cabaran kehidupan, membuat keputusan dan pilihan, mengetahui hak diri, menyuarakan pendapat diri sendiri kepada orang lain dan diperkasakan untuk kehidupan berdikari dan berintegrasi. — DayakDaily

Advertisement