Ambil peluang kepada inisiatif pengurang kadar saman mulai 20-31 Mac ini, kata MP Mas Gading

Kelihatan Mordi (tiga dari kiri) dan para jemputan lain pada Sambutan Hari Polis ke-216 di IPD Bau.

KUCHING, 21 Mac: Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol menggesa masyarakat mengambil peluang kepada inisiatif “Pengurangan Kadar Saman” sehingga 60 peratus” bermula 20 sehingga 31 Mac ini.

Menurut beliau ia merupakan inisiatif pihak Polis Diraja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan Dan Pengurusan Trafik (JSPT).

“Inisiatif pengurangan kadar saman yang tertakluk kepada kesalahan terpilih ini sudah tentu menarik perhatian masyarakat awam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Pada semalam Mordi telah menghadiri Sambutan Hari Polis Ke-216 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Turut hadir Adun Tasik Biru yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep dan Adun Opar Billy Sujang. — DayakDaily