Allahyarham Tun Taib tiba di Kuching, penghormatan terakhir esok

Jenazah Allahyarham Tun Taib tiba di Kuching. Kredit foto: TVS
Advertisement

KUCHING, 21 Feb: Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, 87, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 4.25 petang tadi.

Terdahulu, Allahyarham Tun Taib yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi ini telah disolatkan di Masjid Negara di Kuala Lumpur.

Mengiringi di dalam pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), isteri Allahyarham, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Advertisement

Ketibaan jenazah di KIA disambut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jenazah diberi Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion ke 11 Rejimen Askar Melayu Diraja yang melibatkan 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

Hadir sama Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Jenazah Tun Taib seterusnya dibawa terus ke kediaman Allahyarham di Demak Laut di Jalan Bako di sini.

Sementara itu, upacara penghormatan akan diadakan pada esok 22 Februari di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mulai jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Jenazah kemudiannya akan dibawa Masjid Demak untuk disembahyangkan.

Manakala pengkembumian akan diadakan selepas solat zohor di Tanah Perkuburan Demak. — DayakDaily

Advertisement