Alena berjaya memperoleh kejayaan di Buenos Aires Music Video Festival 2020

Alena Murang

KUCHING, Disember 3:  Penyanyi dan juga pemain muzik Sape terkemuka Malaysia, Alena Murang berjaya memenangi Best Styling Award di Buenos Aires Music Video Festival 2020 di Argentina menerusi lagu Midang Midang.

Keputusan rasmi telah diumumkan di laman rasmi web BAM-V Fest semalam. Kejayaan ini sekaligus mengetepikan tujuh buah lagu dari pelbagai produksi dari negara luar.

Buenos Aires Music Video Festival 2020

Lebih membanggakan lagi apabila lagu ini turut tercalon bagi kategori Best International Video yang turut di sertai oleh Ratu Pop Dunia, Madonna. Kejayaan ini sememangnya sesuatu yang luar biasa dan berjaya mencipta sejarah baru untuk industri muzik di Malaysia.

Lagu Midang Midang merupakan lagu tradisi kaum Kelabit. Sarah Lois merupakan Pengarah dan Stylist bagi muzik video ini manakala idea untuk penggayaan Alena di dalam lagu ini adalah hasil idea daripada Alena sendiri bersama Sarah Lois.

Kesemua tempat untuk rakaman muzik video dibuat di Tanah Tinggi Bario dan Pantai Tusan, Miri

Makeup Artist Gebriel Padan pula bertindak untuk merealisasikan penggayaan dan juga solekan yang telah ditetapkan untuk Alena dan juga penari-penari di dalam muzik video ini.

Hasil seni gabungan 3 anak Orang Ulu daripada Sarawak ini juga sangat bermakna kerana menggabungkan rekaan busana dan aksesori rekaan daripada pereka-pereka dari Sarawak. Di antara nya adalah Von Jolly Couture, Neng Kho Razali, Raben Beads, Tanoti, Wan Bainun, TeeCode, Karl.Jimmy dan Maatin Shakir.

Kesemua tempat untuk rakaman muzik video ini dibuat di Tanah Tinggi Bario dan juga Pantai Tusan, Miri. Sesi penggambaran dan rakaman dibuat dengan kerjasama daripada Project Room & Kanid Studio.— DayakDaily

Alena Muran