Ahli Parlimen GPS menghadiri taklimat khas

Abang Johari (duduk tengah) merakam kenangan bersama ahli-ahli Parlimen GPS. Turut kelihatan Awang Tengah (empat dari kiri).

KUALA LUMPUR, Julai 3: Ahli-ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) semalam menghadiri taklimat khas di sini mengenai program pembangunan dan isu Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan menteri-menteri Kabinet Sarawak turut menjelaskan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai isu-isu and program pembangunan Sarawak serta isu-isu ekonomi negara dan landskap politik.

Sesi taklimat khas untuk ahli-ahli parlimen GPS di Kuala Lumpur.

Taklimat disampaikan pegawai dari Unit Perancang Negeri (SPU), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).


Menteri Kabinet yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian. — DayakDaily