This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 2 Julai: Adruce Azman menjuarai Tok! Busker Challenge 2023 yang diadakan di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching malam tadi.
Dengan kemenangannya itu, Adruce yang merupakan peserta solo dari Kuching memenangi hadiah wang tunai RM10,000.
Hadir menyampaikan hadiah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Naib juara dengan hadiah RM7, 000 dimenangi kumpulan Mun-Kids Busker dari Kuching.
Manakala di tempat ketiga dengan hadiah RM5, 000 ialah KJ Buskers dari Simunjan.
Pada peringkat akhir malam tadi, setiap peserta mempersembahkan dua buah lagu wajib bahasa Melayu dan satu bahasa etnik lain.
Tiga peserta akhir lain menerima hadiah wang tunai sagu hati RM3, 000 ialah Senggalang Buskers, 3 Jejaka Sopan dan Adi Buskers. — DayakDaily