Abun Sui, Roderick Wong dari Sarawak angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

Wong (kiri) dan Abun

KUCHING, 20 MAC: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Abun Sui Anyit diantara 16 Senator mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara hari ini.

Majlis berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim.

Abun merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong bersama 9 Senator yang lain bagi tempoh perkhidmatan berkuatkuasa 20 Mac 2023.


Mantan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk kerusi Sarikei, Roderick Wong Siew Lead, juga diantara 16 Senator mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.

Yang lain ialah Senator Dato’ Sri Anifah Aman, Senator Isaiah a/l D Jacob, Senator Manolan Mohamad, Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Senator Prof. Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli, Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran, Senator Mohd Hasbie Muda, dan Senator Noorita Sual.

Manakala 6 Senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri ialah Senator Abdul Nasir Idris, Senator Musoddak Ahmad, Senator Dr Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam, Senator Amir Ghazali dan Senator Hussin Ismail.

Rais dalam ucapannya menyatakan pelantikan 16 Senator pada hari ini telah menjadikan jumlah keseluruhan Ahli Dewan Negara sekarang adalah seramai 64 ahli.

Beliau mengharapkan perjuangan sebagai Ahli Dewan Negara benar-benar dapat dilaksanakan mengikut lunas Perlembagaan. — DayakDaily