Abu Tariq dilantik Ketua Pegawai Eksekutif HASiL yang baharu

Datuk Abu Tariq Jamaluddin

KUCHING, 18 Dis: Datuk Abu Tariq Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang baharu berkuat kuasa 17 Disember 2023.

Beliau yang sebelum ini sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) menggantikan Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi yang telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember 2023.

Abu Tariq yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LLB. Hons) daripada Universiti Malaya mula berkhidmat di HASiL pada 15 Mac 1995.


Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan dan pematuhan cukai.

Abu Tariq juga pernah memegang beberapa jawatan penting di HASiL merangkumi jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan Pengarah Jabatan Undang-Undang. — DayakDaily