Abang Johari terima kunjungan perpisahan Konsulat Agung Negara Brunei

Abang Johari(dua dari kanan) menerima kunjungan perpisahan Krtini(kanan) di Wisma Bapa Malaysia. Turut kelihatan Juma’ani (tiga dari kiri).

KUCHING, MEI 12: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam, Pengiran Hajah Kartini binti Pengiran Haji Tahir di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini.

Kunjungan adalah bersempena tamatnya perkhidmatan Krtini setelah empat tahun berkhidmat di Sarawak.

Turut mengiringi Krtini adalah konsul baharu iaitu Konsul Mohamad Kamaluddin dan Timbalan Konsul, Muhammad Ghazalle Abdul Latif.


Isteri Abang Johari, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut bersama menerima kunjungan itu. —DayakDaily