Abang Johari terima kunjungan hormat Pengarah Fama yang baharu

Abang Johari (tiga dari kanan) menerima kunjungan hormat Mat Sani (tiga dari kiri) di Wisma Bapa Malaysia.

KUCHING, 13 Julai: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini  menerima kunjungan hormat Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Sarawak yang baharu Datuk Dr Mat Sani Hassan.

Kunjungan diadakan di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya dan telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan.

Turut serta dalam kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengarah Fama Sarawak (Operasi)  Abdul Jaafar Lian, Penolong Pengarah Bahagian Perancang Strategik dan Penilaian Lois Unggah dan Ketua Unit Medan Niaga Satok Mohamad Safarizan Sidik.-DayakDaily.