Abang Johari terima dua kunjungan hormat

Abang Johari (enam dari kiri) merakamkan gambar bersama (dari kiri) Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli, Datu Ismail Hanis, Datu William Patrick Nyigor, Dr Rashidah Bolhassan, dan Hamid, and (dari kanan) Dr Rita Manurung, Prof Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce, Datu Laura Lee Ngien Hion dan Lo Khere Chiang.

KUCHING, 16 Okt: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima dua kunjungan hormat setelah selesai mempengerusikan mesyuarat kabinet pada sebelah pagi.

Kunjungan pertama adalah dari Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak yang diketuai oleh pengerusi Tan Sri Hamid Bugo untuk memberi taklimat berhubung majlis pembukaan rasmi Pustaka Sibu pada minggu hadapan.

Abang Johari (tengah) merakamkan gambar bersama ahli Jawatankuasa Pemandu Sada termasuk (dari dua kiri) Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak Rozaimi Mohd Zahir, Residen Sri Aman Indit Bangai, Rohani, dan (dari kanan) Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak Profesor Madya Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Profesor Madya Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce, Menteri Muda Kesejateraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion.

Kunjungan kedua adalah daripada Jawatankuasa Pemandu Sri Aman Development Agency (Sada) yang diketuai Datuk Seri Rohani Abdul Karim, pengerusi Sada merangkap Ahli Parlimen Batang Lupar.


Ianya bertujuan untuk mengemaskini tentang perkembangan agensi tersebut dan memohon nasihat Abang Johari berhubung penubuhan Sada secara rasmi. — DayakDaily