KUCHING, 16 Okt: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima dua kunjungan hormat setelah selesai mempengerusikan mesyuarat kabinet pada sebelah pagi.
Kunjungan pertama adalah dari Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak yang diketuai oleh pengerusi Tan Sri Hamid Bugo untuk memberi taklimat berhubung majlis pembukaan rasmi Pustaka Sibu pada minggu hadapan.
Kunjungan kedua adalah daripada Jawatankuasa Pemandu Sri Aman Development Agency (Sada) yang diketuai Datuk Seri Rohani Abdul Karim, pengerusi Sada merangkap Ahli Parlimen Batang Lupar.
Advertisement
Ianya bertujuan untuk mengemaskini tentang perkembangan agensi tersebut dan memohon nasihat Abang Johari berhubung penubuhan Sada secara rasmi. — DayakDaily