Abang Johari serta kabinet beri penghormatan terakhir terhadap mendiang Masing pada Rabu

Kabinet Sarawak akan memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang Tan Sri James Masing pada 3 Nov ini di Christian Ecumenical Worship Centre, Jalan Stampin.
Advertisement

KUCHING, 1 NOV: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta barisan kabinet akan memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang Tan Sri James Masing pada Rabu ini di Christian Ecumenical Worship Centre, Jalan Stampin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion dalam satu kenyataan hari ini berkata, Abang Johari akan ditemani isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Acara penghormatan terakhir itu bermula dari jam 8.30 hingga 9.00 pagi.

Advertisement

“Selepas itu adalah giliran untuk dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan sehingga jam 10.30 pagi,” katanya.

Bagi orang awam tambah Jaul, masa memberi penghormatan terakhir mereka adalah mulai 10.30 pagi hingga 1.30 petang.

Orang ramai yang datang hendaklah mematuhi prosedur operasi standard(SOP) yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Hanya pelawat yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan melawat.

“Pelawat yang datang juga digalakkan menjalani Ujian RTK kendiri, wajib memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan fizikal sepanjang masa.

“Mereka juga diminta mematuhi penggiliran dimana hanya 30 orang sahaja dibenarkan masuk ke dewan pada satu-satu sesi penghormatan,” kata Jaul.

Jenazah Tan Sri Dr James Masing akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Siniawan di Bau untuk upacara pengkebumian selepas selesai upacara penghormatan terakhir pada jam 2.00 petang. ā€” DayakDaily.

Advertisement