This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 14 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini meraikan seramai 142 bakal jemaah haji dari Sarawak yang akan memulakan perjalanan ke Tanah Suci Jeddah.
Ia merupakan merupakan kumpulan bakal haji pertama dari Negeri ini.
Mereka akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan ‘feeder’ bertolak jam 11.20 malam dan dijangka tiba pada pukul 1.15 pagi.
Seterusnya kumpulan ini akan menaiki penerbangan MH8166 pada jam 4.40 pagi dan dijangka tiba di Jeddah pada jam 8:35 pagi (waktu Arab Saudi) pada hari Khamis.
Pada musim ini, seramai 936 orang bakal haji berbanding 397 pada tahun lalu dari Sarawak telah terpilih.
Bermula pada 14 Jun 2023 sehingga 16 Jun 2023, sebanyak lima penerbangan domestik menerusi Malaysia Airlines akan membawa bakal jemaah haji ke Jeddah.
Hadir sama di majlis yang diadakan di Raia Hotel & Convention Centre Kuching ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar. — DayakDaily