Abang Johari lulus peruntukan tambahan RM30 juta bantu pelajar bayar balik PTPTN

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (file pic)

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 19 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini meluluskan peruntukan tambahan RM30 juta bagi membantu pelajar negeri ini membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tertunggak.

Abang Johari mengumumkan peruntukan tersebut sebagai menjawab permintaan Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lukanisman Awang Sauni di Majlis Penangguhan Perhimpunan Agung PBB di Kuching hari ini.


“Lukanisman menyebut berhubung PTPTN, dahulu kita sediakan peruntukan sebanyak RM30 juta.

“Okay, tambah lagi RM30 juta,” ujarnya dalam ucapan penangguhan perhimpunan.

Terdahulu, Lukanisman yang juga MP Sibuti mengajukan permintaan tersebut di dalam ucapan menyokong usul ekonomi yang dibentang Ketua Pemuda PBB Miro Simuh.

Menerusi peruntukan awal RM30 juta tahun 2019, Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan pihak PTPTN untuk menentukan kaedah pembayaran balik tunggakan kepada PTPTN.

Ia adalah inisiatif kerajaan Negeri bagi membantu pelajar Sarawak menyelesaikan tunggakan pinjaman dengan PTPTN.

Pelajar yang dibantu kemudiannya perlu membayar balik kepada Yayasan sarawak mengikut mekanisme yang ditentukan. — DayakDaily