Abang Johari adakan perjumpaan bersama ahli Parlimen GPS

Abang Johari (duduk tujuh dari kiri) bersama ahli-ahli Parlimen GPS.

KUCHING, 12 Julai: Ketua Menteri Datuk Patinggi  Abang Johari Tun Openg semalam berada di Kuala Lumpur untuk perjumpaan bersama ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia bersempena persidangan Parlimen yang akan diadakan mulai esok, 13 Julai.

Ahli Parlimen yang hadir serta ahli-ahli Dewan Negara telah diberi taklimat untuk tujuan mengemaskinikan mereka mengenai isu-isu penting berkaitan hak dan pembangunan Sarawak.


Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 25 hari hingga 27 Ogos.

Selesai taklimat, Abang Johari dijemput untuk memotong kek sempena sambutan Hari Sarawak yang akan diraikan pada 22 Julai ini.-DayakDaily