91 penjawat awam negeri B40 terima sumbangan duit raya

Jaul (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kebajikan kepada wakil penerima dari Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

KUCHING 7 Mei: Seramai 91 penjawat awam dari golongan B40 menerima sumbangan berupa duit raya berjumlah RM100 setiap seorang.

Sumbangan tersebut diberikan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak kepada penjawat awam dari golongan tersebut yang bertugas di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Selain sumbangan duit raya turut diberikan sumbangan pelitup muka dan sarung tenun yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion yang juga merupakan Yang Di-Pertua MAKSAK Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini hari ini.


Akibat penularan wabak Covid-19 yang masih berlaku pada tahun ini, berkenaan diadakan pada skala kecil selari dengan pematuhan penuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Yang turut hadir ialah Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri Sarawak Datin Amar Evelyn Ritikos Jaul, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi) Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) Datu Dr Sabariah Putit, serta ketua-ketua jabatan. — DayakDaily