7 kompaun dikeluarkan dalam operasi larangan merokok

Pegawai penguatkuasaan mengeluarkan kompaun kepada pesalah. Foto: UKAS

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 24 Jan: Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu telah mengeluarkan 7 kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004) dalam Ops Pematuhan SOP Akta 342 dan Ops Larangan Merokok.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), pasukan penguatkuasa yang diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Bintulu telah memantau beberapa premis makanan di kawasan Industri Kidurong pada Isnin.

Sepanjang operasi itu, didapati masih terdapat ramai yang masih berdegil dengan merokok di premis makanan.

Lebih tidak masuk akal lagi apabila memberikan alasan tidak tahu mengenai larangan tersebut, walaupun penguatkuasaan ini telah lama dijalankan bermula 1 Januari 2020 iaitu semua premis makanan termasuk tempat terbuka adalah kawasan larangan merokok.

Sehingga kini, larangan tidak boleh merokok di premis makanan masih lagi terpakai dan tidak pernah dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). — DayakDaily