6 rumah panjang di Beluru mula dinaiki air banjir susulan hujan lebat

Anggota APM Miri melakukan pemantauan di Rumah Adin.

MIRI, 23 Okt: Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan enam rumah panjang di kawasan Beluru dilanda banjir, namun tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.

Hujan lebat mengakibatkan paras air banjir naik setinggi tiga hingga lima kaki di Rumah Dasu Kasa Sungai Bakong; Rumah Gerang, Bakong; Rumah William Saba, Bakong; Rumah Nazareth, Sungai Lutong Bawah; Rumah Keyai Kiw, Sungai Lutong; dan Rumah Adin Jamban, Sungai Kelabit.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, pihaknya telah mengerahkan anggota ke lokasi tersebut bagi melakukan pemantauan.


“Hasil pemantauan ke lokasi mendapati jalan darat yang menghubungkan penduduk di kawasan yang dipantau masih ditengelami air akibat banjir dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat,” ujarnya.

Pihaknya ke lokasi jam 8 pagi hari ini selepas dimaklumkan kejadian.

Katanya, keadaan banjir setakat ini masih terkawal dan selamat. — DayakDaily