6 dikompaun gagal patuhi SOP penjarakan fizikal

File photo for illustration purposes

KUCHING, 14 April: Seorang wanita antara enam yang dikenakan tindakkan kompaun selepas didapati gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam memastikan penjarakan fizikal dipatuhi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supritenden Merbin Lisa berkata kompaun tersebut dikeluarkan oleh Sepasukan pegawai dan anggota yang terlibat dalam melakukan pemeriksaan di sebuah bistro di kawasan komersil Saradise, di sini kira-kira jam 11.05 malam semalam.

“Dalam pemeriksaan tersebut enam individu warganegara tempatan berusia 20 hingga 28 tahun didapati telah melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan tidak menjaga penjarakan fizikal antara mereka semasa berada di dalam premis berkenaan.


“Mereka ini telah melakukan kesalahan peraturan 18 dibawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat)(No.4) 2021 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, aktiviti pemantauan SOP seumpama itu akan dilaksanakan secara berterusan dengan pagawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching termasuk bantuan keanggotaan agensi penguatkuasa lain bagi memastikan pematuhan tersebut dipatuhi.

Tegasnya, semua tindakkan penguatkuasaan termasuk tawaran kompaun tersebut dilakukan seara adil dan professional oleh semua anggota terlibat.

ujarnya selain mengelakkan tomahan tindakkan tersebut dilakukan seiring dengan usaha untuk mengawal dan mencegah penularan wabak Covid-19 melalui tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.

“Masyarakat umum dinasihatkan sentiasa peka dan mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelak diri daripada dijangkiti dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Merbin dalam pada itu turut menyeru orang awam khususnya pengusaha premis dan pelanggan khasnya sentiasa mengikuti saranan kerajaan dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) ini .

“Semua pihak harus berganding bahu dan bersama dengan anggota penguatkuasa serta pertugas barisan hadapan yang lain dalam usaha kita memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini,” katanya. — DayakDaily