5,725 kes dilapor, tertinggi sehingga kini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA, 29 Jan: Kes positf baharu Covid-19 di seluruh negara mencatatkan angka tertinggi baharu hari ini apabila sebanyak 5,725 kes positif diaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memuat naik statistik itu di laman Facebooknya berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan kes kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini melepasi angka 200,000 kes dengan 203,933 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 45,478 kes.

Katanya sejumlah 5,268 kes dariupada 5,725 kes yang dilaporkan hari merupakan jangkitan tempatan manakala tujuh kes lagi membabitkan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.

Ketika ini,sebanyak 301 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 115 kes memerlukan bantuan penafasan.

Jelasnya, sebanyak 3,423 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada jangkitan wabak tersebut mneninggkat kepada 157,722 kes atau 77.34 peratus.


Sehingga tengahhari tadi, 16 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kemaitan akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 733 kes atau 0.36 peratus. -DayakDaily