54,508 terima bantuan kebajikan bulanan mulai Januari-April dengan perbelanjaan RM85.96 juta

Fatimah dalam ucapan penggulungan kementerian di Dewan Undangan Sarawak.
Advertisement

KUCHING, 14 Mei: Sejumlah 54,508 menerima bantuan kebajikan bulanan mulai Januari sehingga April 2024 dengan perbelanjaan berjumlah RM85.96 juta.

“Kerajaan menyediakan bantuan kebajikan bulanan kepada kumpulan sasar untuk kelangsungan hidup.

“Ia bagi mereka yang memenuhi syarat pendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM1,198.00 sebulan,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementerian pada Persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) hari ini.

Sementara itu tambah Fatimah, kerajaan juga menyediakan Bantuan Kesihatan Bersasar.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Penilai bagi Bantuan Kesihatan Bersasar ini diadakan pada setiap bulan untuk memastikan kelulusan permohonan dapat disampaikan dengan segera.

“Ini untuk membolehkan pesakit menjalani rawatan sebagaimana disarankan oleh pengamal perubatan.

“Pada Januari hingga Mac 2024, seramai 48 pesakit telah dibantu di bawah Skim Bantuan Alat Tiruan, dengan peruntukan berjumlah RM140,652.70,” ujar Fatimah.

Manakala 134 pesakit telah diluluskan Bantuan Pesakit Buah Pinggang (BPBP) dengan peruntukan berjumlah RM2.69 juta.

Disamping itu ujar Fatimah, seramai 27 orang pesakit dengan perbelanjaan berjumlah RM483,941.42 telah diluluskan untuk Bantuan Perubatan. — DayakDaily

Advertisement