This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 2 Julai: Selama 50 tahun berniaga di Open Air Market, Ah Kuek tetap bersemangat mengusahakan gerai kolo mee.
Meskipun perniagaan tidak seperti masa lalu, beliau yang kini berusia 75 tahun akur dengan pembangunan di kawasan sekitar Kuching.
“Ya, di masa 80-an dan 90-an sehingga tahun 2,000 hasil jualan (kolo mee) sangat bagus.
“Tetapi sekarang, banyak kawasan komersil telah diwujudkan dan orang ramai sudah tentu mengunjungi kawasan baru untuk makan.
“Walaupun hasil jualan kurang, tapi bolehlah. Kita ada pelanggan tetap yang sentiasa datang,” kata Kuek ketika ditemui semalam.
Gerai beliau yang terletak di hadapan laluan masuk ke Open Air Market turut menjual kueh tiaw, bee hoon dan wantan dengan harga sekitar RM5 ke RM7.
Pelbagai makanan turut dijual di Open Air Market termasuklah sotong kangkung, belacan bee hoon, rojak, kueh cap, soo bee, tau sa pau, bak pau dan masakan dayak.
Open Air Market yang bersebelahan dengan Electra House telah diwartakan sebagai kawasan tapak warisan Kuching. — DayakDaily