50 perserta menyertai Gong Xi Fa Cai Brisk Walk 3.0 di Miri

Para peserta Gong Xi Fa Cai Brisk Walk 3.0 anjuran Laksa Runner Miri bergambar bersama selepas memulakan larian pagi tadi.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 6 JAN : Seramai 50 orang peserta menyertai Gong Xi Fa Cai Brisk Walk 3.0 anjuran Laksa Runner Miri sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 pagi tadi.

Kesemua peserta berkumpul di Pustaka Miri.


Pengerusi pegelola Azlan Ramli berkata,aktiviti tahunan ini diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 dengan tujuan merapatkan silaturahim antara ahli ahli Laksa Runner Miri dengan lapisan masyarakat Miri.

Pagi ini selain daripada ahli ahli Laksa Runner Miri menyertai, juga mendapat sokongan dari masyarakat Miri yang sudi datang menyertai bersama dengan memupuk kesihatan yang sihat dan cergas untuk kehidupan kita semua.

Penjalanan pagi ini dimulakan dari Pustaka Miri melalui bangunan Dewan Suarah Miri,Landmark Sayangi Miri Jalan Kingsway,wWireless Walk seterusnya balik ke Pustaka Miri dengan mematuhi SOP yang ditetapkan, kata Azlan Ramli.

Walaupun hari hujan mulai 6 pagi ini,tetapi ini tidak menjadi penghalang kepada semua peserta,aktiviti tetap dijalankan selepas hujan berhenti pada pukul 7.15 pagi, lewat dari masa yang dijadualkan pada jam 6.30.

Para peserta juga menyediakan “Pot Luck Food” untuk berehat di tempat penamat Pustaka Miri serta mengambil gambar berdasarkan suasana atau hiasan tahun baru cina di sekeliling persekitaran Bandaraya Miri.

Di samping itu, Laksa Runner Miri juga memberi sokongan kepada aktiviti pertandingan fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina 2022 yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA).

Dengan cara menyertai Gong Xi Fa Cai Brisk Walk sambil mengambil gambar suasana perayaan disepanjangan penjalanan untuk membantu mempromosikan suasana Tahun Baru cina 2022 di persekitaran Bandaraya Miri.

Para peserta digalakan mengambil gambar berdasarkan suasana atau hiasan tahun baru cina di sekeliling persekitaran Bandaraya Miri untuk menyertai pertandingan fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina 2022.

Peserta hanya perlu menghantarkan gambar penyertaan melalui e-mel berserta maklumat peribadi termasuk nama penuh, nombor IC, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan slogan terus hantar ke nsja.miri@gmail.com, tarikh tutup sehingga 18 Februari 2022. — DayakDaily