48 mangsa terjejas banjir dipindahkan di Lawas

Kelihatan mangsa yang terjejas akibat banjir dipindahkan ke PPS di Dewan Masyarakat Trusan.

LAWAS, 20 Mei: Seramai 48 mangsa dipindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Trusan selepas empat buah kampung disini dilanda banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Leftenen (PA) Nurul Nikmah Abu Samah menerusi satu kenyataan berkata, kesemua mangsa terbabit mula ditempatkan di PPS berkenaan sejak jam 8.20 pagi tadi.

Keadaan banjir yang melanda di empat buah kampung di Lawas.

Katanya, empat kampung yang terlibat adalah Kampung Seberang Padi, Kampung Seduyun Gelapas, Kampung Masjid Lama dan Kampung Tengah.


Hujan lebat yang melanda kawasan terbabit sejak malam tadi mengakibat beberapa kawasan rendah dan berisiko mula dinaiki air.

Situasi ini menyebabkan 10 keluarga dari empat buah kampung berkenaan terpaksa dipindahkan sementara selepas kediaman mereka mula ditengelami banjir. — DayakDaily