452 surat hakmilik tanah NCR diserahkan kapada 409 pemilik di Pakan

Awang Tengah (tengah) bergambar bersama para pemilik tanah selepas majlis penyerahan surat hakmilih tanah NCR di Rumah Sedau, Pakan pagi tadi (Mac 26, 2019). Turut kelihatan ialah Mawan (lima kanan) dan Len Talif (lima kiri).

PAKAN, Mac 26: Kerajaan akan sentiasa mengiktiraf tuntutan hakmilik tanah adat Bumiputera (NCR) yang sahih dan memiliki bukti yang kukuh.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ia dibuktikan dengan peruntukkan RM40 juta untuk mengukur tanah yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Dibawah inisiatif baru pengukuran tanah sejak 2010, kita telah mengukur lebih 2 juta ekar tanah. Ini jelas membuktikan keberkesanan sistem pengukuran yang digunakan Jabatan Tanah dan Survei,” kata Awang Tengah pada Majlis Penyerahan Surat Hakmilih NCR (Seksyen 18) di Rumah Sedau, disini pagi tadi.


Awang Tengah (tengah) bergambar bersama dengan para pemilik tanah selepas majlis penyerahan surat hakmilih tanah NCR di Rumah Sedau, di Pakan pagi tadi (Mac 26, 2019).

Awang Tengah turut mengingatkan pemilik tanah untuk membantu mempercepatkan proses pengukuran tanah dan menyelesaikan sebarang pertindihan antara pemilik.

“Isu sebegini akhirnya akan dimainkan dan isu ini sebenarnya terlalu dipolitikkan,” tambah beliau.

Sebanyak 452 surat hakmilik tanah telah diserahkan kepada 409 pemilik bagi kawasan Jalan Pakan/Sesco.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datu Len Talif Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakan Tan Sri William Mawan Ikom. – DayakDaily