42 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran awal pagi di Pujut Corner 1B

Anggota Bomba memadamkan api di lokasi kejadian.

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

MIRI, Jun 1 :Seramai 42 penghuni di Pujut Corner 1B hilang tempat tinggal selepas api memusnahkan lapan pintu kediaman papan awal pagi tadi (Khamis).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mereka menerima laporan kejadian pada jam 5.40 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Lopeng bersama Balai Bomba Miri telah digerakkan ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kerana semua mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Operasi selesai sepenuhnya pada jam 9.04 pagi. — DayakDaily