4,105 kehilangan pekerjaan di Sarawak bagi tempoh Januari hingga 9 April 2021

Mohammed Azman (dua dari kiri) bergambar bersama tiga pencarum SKSPS di pejabat Perkeso Kuching.

KUCHING, 14 April: Seramai 879 orang yang kehilangan pekerjaan mereka telah membuat permohanan untuk mendapatkan manfaat daripada Skim Insurans Pekerjaan (SIP) di Sarawak bagi tempoh 1 Januari hingga 9 April lalu.

Ketua Eksekutif Perkeso Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata daripa jumlah tersebut sebanyak 553 pemohonan telah diproses dan menerima manfaat tersebut.

“Mereka yang telah diluluskan pemohonannya adalah seramai 553 orang bagi tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.091 juta telah dibayar kepada pencarum SIP ini yang kehilangan perkerjaan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sijil pengahargaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di sini hari ini.

Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

Mohammed Azman berkata, bagi tempoh Januari 2020 hingga 9 April lalu seramai 4,105 orang telah dilaporkan kehilangan perkerjaan mereka di seluruh Sarawak.

Ujarnya, bagi tempoh sama seramai 11,851 orang yang berdaftar dengan ‘My Future Job’ telah berjaya ditempatkan dan berkerja semula.

“Kita dapat lihat bahawa inilah jumlah keseluruhan statistik yang kita ada dan jumlah ini bukan sahaja melibatkan mereka yang kehilangan perkerjaan tetapi juga termasuk graduan atau mereka yang baru sahaja tamat persekolahan.

“Kalau kita lihat dari segi nasional, jumlah tersebut sedikit sebanyak menyumbang kepada penyusutan peratusan kadar pengangguran di seluruh negara,” katanya. — DayakDaily