409 pulih, tiga kematian akibat Covid-19 termasuk wanita berusia 100 tahun

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 15 Okt: Sebanyak 409 kes Covid-19 dilaporkan sembuh hari ini sekali gus menjadikan ia jumlah tertinggi pernah dicatatkan sejak penularan wabak berkenaan di negara ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes sembuh itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12,014 kes bersamaan 66.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sembuh yang dilaporkan sehingga kini.

Katanya, jumlah kes sembuh tertinggi pernah dicatatkan sebelum ini adalah sebanyak 350 kes yang dicatatkan pada Selasa lalu.


ā€œDaripada jumlah kes yang dilaporkan sembuh itu, Kedah merekod jumlah kes pulih tertinggi dengan 226 kes, diikuti Sabah iaitu 111 kes, Selangor (50), Terengganu (8) Johor (7), Negeri Sembilan (6) dan Pahang (1),ā€ katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, jumlah kes positif yang direkodkan di seluruh negara kekal tiga angka dengan 589 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Katanya, Sabah terus kekal mencatatkan angka kes tertinggi iaitu sebanyak 304 kes atau 51.6 peratus daripada jumlah kes yang di laporkan hari ini.

Pertambahan jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif yang dilaporkan di negara ini melepas angka 18 ribu kes jangkitan positif dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 18,129 kes.

ā€œDaripada 589 kes positif yang dilaporkan hari ini, hanya tiga kes sahaja melibatkan kes import yang dikesan mendapat jangkitan dari luar negara dan kesemua kes tersebut membabitkan warga asing.

ā€œHari ini juga dilaporkan seramai 103 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 kes daripada jumlah yang dirawat itu memerlukan bantuan alat pernafasan,ā€ katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Menurut Dr Noor Hisham, seorang wanita berusia 100 tahun antara tiga orang yang dilaporkan meninggal akibat jangkitan Covid-19 hari ini.

Katanya, tiga kes kematian terbaharu itu menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 170 kematian atau 0.94 peratus daripada keseluruhan kes.

ā€œWanita berusia 100 tahun tersebut (kes 13,844) iaitu kematian ke-170 merupakan seorang warga asing dilaporkan meninggal di Hospital Duchess of Kent.

ā€œKematian ke-168 (kes 12,170) melibatkan seorang wanita berusia 54 tahun, mempunyai beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit kelenjar tiroid meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

ā€œManakala kematian ke-169 (kes 15,303) pula melibatkan seorang lelaki berusia 68 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau,ā€ katanya.

Sementara itu, tambah Dr Noor Hisham, empat lagi kluster baharu dikesan hari ini masing-masing satu kluster di Sabah, Perak, Putrajaya dan Labuan menjadikan 75 kluster aktif sehingga kini.

ā€œSejak wabak Covid-19 melanda negara sehingga hari ini, sebanyak 178 kluster telah dikesan termasuk 103 kluster yang telah tamat sebelum ini,ā€ katanya. ā€” DayakDaily