341 mangsa banjir dipindahkan di utara Sarawak

Keadaan banjir yang melanda di kawasan utara Sarawak.

KUCHING, 21 Mei: Seramai 341 orang penduduk di utara Sarawak ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kediaman mereka dilanda banjir sejak semalam.

Daripada jumlah tersebut daerah Lawas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan dengan 334 mangsa manakala tujuh lagi mangsa dipindahkan di Limbang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sehingga kini sebanyak lima buah PPS dibuka dengan empat PPs dibuka di Lawas dan satu di Limbang


“PPS Sekolah Kebangsaan Lintang mencatat jumlah mangsa tertinggi di Lawas iaitu seramai 143 orang, diikuti Dewan Masyarakat Trusan seramai 100 orang, Dewan Sekolah Kebangsaan Sundar seramai 13 orang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Trusan seramai 78 orang.

“Tujuh lagi mangsa ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Ukong di Limbang,”katanya

Tambah jurucakap itu, selain Daerah Lawas dan Limbang, daerah Marudi di Miri juga terjejas akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak kelmarin, namun sehingga kini tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Namum demikian tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan dan pemantauan dilakukan di 11 lokasi di didaerah terbabit mendapati, paras air menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, beliau berkata, bekalan air paip di Long Beruang, Marudi, terputus sepenuhnya apabila berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan empangan di kawasan terbabit.

Pada masa sama paras air di kawasan itu juga didapati berlaku peningkatan, manakala banyak kawasan kebun penduduk rosak akibat kejadian tanah runtuh. — DayakDaily