34 persatuan dan NGO terima cek MRP DUN Repok

Huang (dua dari kanan) menyampaikan cek MRP kepada salah seorang penerima. Foto: Ukas

KUCHING, 26 Okt: Sebanyak 34 persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) menerima cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM62,000.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), cek tersebut telah disampaikan ADUN Repok Dato Sri Huang Tiong Sii di Sarikei hari ini.

Dalam ucapannya, Huang berkata konsep Keluarga Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini memfokuskan visi untuk memulihkan negara.


Katanya, ia seterusnya mengangkat Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.

“Untuk mencapai visi itu, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat seperti Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Khas Covid-19, Bantuan Kehilangan Pendapatan, Program Bakul Makanan, Rebat Elektrik dan banyak lagi.

“Dalam konteks Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut menyelami keperitan hidup rakyat dengan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0) semasa mengumumkan Bajet 2022,” kata Huang.

Senarai penerima cek adalah Sarikei Lorry Association, Persatuan Petanque Bahagian Sarikei, Persatuan Persahabatan Zong Ho Sarikei, Perkim Wanita Cawangan Sarikei, Persatuan Sosial Dan Rekreasi Zhong De, The Farmers and Labourers Association, Persatuan Pedagang Ubat Bahagian Sarikei, Sarawak Taiwan Graduates Association, Sarikei Senior Citizens’ Association dan Sarikei Landlords Association.

Turut menerima Kelab Wushu Jelutong Sarikei, Kelab Kesturi Sarikei, Kelab Memanah Repok Sarikei, Persatuan Xiang Qi Bahagian Sarikei, Jawatankuasa Rukun Tetangga Kawasan Nyelong Park, Sarikei Medical and Health Toastmasters Club, Kelab Sukan Payung Terjun Kenyalang, Persatuan Tang Soo Do Bahagian Sarikei, Persatuan Ping Pong Bahagian Sarikei, The Boys’ Briged in M’sia (BPM) 4th Sarawak Co., Kelab Taekwondo Ling Ling, Sarikei (MTA), Persatuan Olahraga Amatur Bahagian Sarikei, Kelab Bola Keranjang Repok, Sarikei dan Junior Chamber International Mandarin Repok Sarikei.

Ia termasuk Junior Chamber International Sarikei, Kelab Kebudayaan dan Tarian Sarikei, Lions Club Of Sarikei, Pertubuhan Kebajikan Ukhuwwah Sarawak, Persatuan Badminton Bahagian Sarikei 2018, Kelab Taewondo De’ Hana, Sarikei (MTA), Kelab Kebudayaan Dan Sosial Hai Ou, Sarikei, Kelab Menyanyi Kebudayaan Dan Sosial Jia, Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina Bahagian Sarikei dan Pertubuhan Muzik Dan Nyanyian Da Lian Sarikei. — DayakDaily