31,285 terima manfaat iGPS sejak 2019

Fazzrudin Abdul Rahman

KUCHING: Lebih 30,000 pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian mereka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan labuan mendapat manfaat daripada Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS)sejak ia mula dilancarkan pada 2019

Penasihat Sarawak Volunteer Fazzrudin Abdul Rahman berkata sejak diperkenalkan hingga 31 Disember tahun lepas, sebanyak 31,285 permohonan telah diterima melibatkan perbelanjaan keseluruhan bernilai RM9,266,100.

Katanya, untuk tahun 2020, sebanyak 13,167 permohonan telah diluluskan untuk skim tersebut yang menelan perbelanjaan RM3,830,700.

“Buat masa ini, iGPS masih berjalan meskipun negara berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Program yang diumumkan pada 2019 oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bertujuan untuk meringankan beban pelajar Sarawak yang ingin pulang ke negeri ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Tupong berkata melalui inisiatif tersebut kerajaan negeri telah memberi subsidi tiket penerbangan sebanyak RM300 seorang untuk satu perjalanan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan ke Sarawak kepada pelajar yang layak.

Katanya, pelajar yang momohon untuk inisiatif itu mestilah rakyat Sarawak berumur 18 tahun keatas dan pelajar sepenuh masa di mana-mana IPT di Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

“Seorang pemohon layak memohon sebanyak dua kali sahaja setahun dan mereka boleh mengemukakan permohonan menerusi lawan sesawang Yayasan Sarawak,” ujarnya.

Tambah Fazzruddin, Aplikasi Yayasan Pelajar Sarawak boleh di muat turut oleh pemohon terlibat menerusi Apple App Store bagi penguna perantai iOS manakala Google Playstore bagi pengguna peranti android.

Katanya, maklumat lanjut mengenai iGPS juga boleh didapati menerusi laman sosial Facebook Sarawak Volunteers atau menghubungi terus menerusi talian 011-3322 1107 semasa waktu pejabat.-DayakDaily