300 pemain menyertai Kejohanan Badminton Junior Sarawak Energy 2018

Sharbini (kiri) bersama pemenang-pemenang salah satu kategori Kejohanan Badminton Junior Sarawak Energy 2018 di Sentosa Sports Centre, Kota Sentosa di Kuching.

KUCHING, Ogos 22: Kejohanan Badminton Junior Sarawak Energy 2018 telah menyaksikan seramai 300 pemain badminton dari seluruh negeri ini menyertainya di Sentosa Sports Centre, Kota Sentosa di sini bermula Ogos 18 lepas dan berakhir tengahari semalam.

Pemain badminton terbabit yang berusia seawal enam tahun sehingga 19 tahun menyertai pelbagai kategori kejohanan tahunan itu iaitu Persendirian Lelaki, Persendirian Perempuan, Berpasangan Lelaki dan Berpasangan Wanita samada Bawah 12, Bawah 15 dan Bawah 19 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy, Sharbini Suhaili telah menyampaikan hadiah kejohanan terbabit yang bernilai lebih RM7,000 kepada semua pemenang setiap kategori kejohanan terbabit.


Kategori Perseorangan Lelaki Bawah 12 telah dimenangai Aryan Syahimad Lee, manakala kategori Perseorangan Wanita Bawah 12 telah dimenangi, Levia Kho En Qi, kategori Perseorangan Lelaki Bawah 15 dimenangi Pui Wee Young, kategori Perseorangan Wanita Bawah 15 dimenangi Lee Zi Suen, kategori Perseorangan Lelaki Bawah 19 dimenangi Danny Lee dan kategori Perseorangan Wanita Bawah 19 dimenangi Flora Fong Xin Jie.

Manakala kategori Berpasangan Lelaki Bawah 12 dimenangi Chung Jia Ho dan Aryan Syahimad Lee, kategori Berpasangan Wanita Bawah 12 dimenangi Levia Kho En Qi dan Angel Lim En Yu, kategori Berpasangan Lelaki Bawah 15 dimenangi Joshua Voon dan Pui Wee Young, kategori Berpasangan Wanita Bawah 15 dimenangi Nicole Hon Cai Xuan dan Kashley Kho Tze Yin, kategori Berpasangan Lelaki Bawah 19 dimenangi Syafiq Azhar B Haizain dan Owen Ting Shih Wee dan kategori Berpasangan Wanita 19 dimenangi Kam Wei Li dan Kristy Tay Yong. — DayakDaily