3 penaja tampil untuk memberi sumbangan kepada NSJA sempena Hari Penderma Darah Sedunia

Wakil dari The Twin Brothers Patisserie Lee Jun Tak (kiri) menyerah sumbangan kepada Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak Andy Jong Wan Joon.

MIRI, 9 Jun: Lagi sumbangan dari pihak penaja kepada Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) bagi memberi sokongan terhadap program derma darah bersempena Hari Penderma Darah Sedunia bertemakan “Celebrating the Gift of Blood”.

Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Miri (PBSM).

Hari ini, tiga penaja telah tampil menyerahkan sumbangan tajaan mereka kepada presiden NSJA Andy Jong Wan Joon.


Tiga penaja ini terdiri daripada Shun Shen Lee Trading Sdn Bhd, The Twin Brothers Patisserie dan Maestro Swiss Trading.

Menurut Jong, Shun Shen Lee Trading Sdn Bhd menyumbangkan beras seberat 5 kilogram jenama Shun Rice 3-OK kepada semua penderma yang berjaya menderma darah dengan bilangan sumbagan beras yang tiada limit kepada NSJA,
kata Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak Andy Jong Wan Joon.

Manakala, The Twin Brothers Patisserie yang merupakan penaja baru NSJA, menaja 100 paket white bread.

Untuk Maestro Swiss Trading pula, mereka menaja product Vico minuman malt coklat kepada para penderma darah yang berjaya menderma darah pada hari tersebut.

Program derma darah anjuran NSJA ini akan diadakan pada 12 Jun (Sabtu) dari jam 8.30 pagi sehingga 1 petang di dewan latihan Bulan Sabit Merah Miri, Jalan Bulan Sabit.

Jong mengulas, aktiviti program menderma darah yang dianjurkan oleh NSJA dan PBSM Miri bertujuan untuk membantu tabung darah hospital miri mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat.

Menurutnya, Hospital Miri memerlukan bekalan darah bagi menampung keperluan yang kebiasaannya amat diperlukan pada masa pandemic Covid 19 Dan perintah kawalan pengerakan (PKP).

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin dijangka akan turut menghadiri program derma darah dengan memberi sokongan kepada pihak penganjur NSJA dan MRC Miri serta para penderma darah pada jam 10 pagi.

Orang ramai yang kesudian untuk menderma darah adalah dialu alukan datang untuk menderma darah dan sama sama memeriahkan program derma darah,kaunter pendaftaran akan dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 1 petang pada hari tersebut. — DayakDaily