270 kes kebakaran direkod setakat jam 3 petang hari ini

Keadaan kebakaran di Kg Sedi, Pulau Bruit (Ogos 11, 2019).

KUCHING, Ogos 11: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah merekodkan sejumlah 270 kes kebakaran belukar, hutan, dan gambut dari Ogos 1-11 di seluruh negeri, termasuk 29 kes untuk hari ini setakat jam tiga petang.

Melalui satu kenyataan media, JBPM Negeri Sarawak mendedahkan anggota bomba negeri ini secara purata menghadapi 24 kes kebakaran api belukar setiap hari.

Ogos 10 mencatatkan jumlah kes sehari tertinggi setakat ini dengan jumlah 58 kes kebakaran belukar/hutan, bagi semua kes yang direkodkan bagi tempoh Ogos 1-11.


Perincian operasi yang bersambung hari ini adalah seperti berikut:

Balai Bomba Dan Penyalamat (BBP) Lopeng masih lagi beroperasi memadamkan api di kawasan Kompleks Hamidah, Kuala Baram yang masuk hari ke-9 dan melibatkan 50 ekar.

BBP Tanjung Manis juga masih lagi beroperasi memadamkan api di kawasan Kpg Sedi, Pulau Bruit, Tanjung Manis yang masuk hari ke-4 yang dan ianya melibatkan 105 ekar.

BBP Simunjan yang sedang juga beroperasi di kawasan Kpg Sanki selama 3 hari telah berjaya memadamkan 9 daripada 13 ekar kawasan yang terbakar.

BBP Mukah semalam telah juga merima laporan dan BBP Mukah hari ini baru bermula beroperasi di Kpg Bungan tetapi belum mendapat anggaran luas kawasan terlibat.

BBP Betong juga sedang beroperasi memadamkan api di Kampung Tuie, Sarabang selama 2 hari dan ianya yang melibatkan kawasan 35 ekar.

BBP Sri Aman juga sedang beroperasi memadamkan api di Taman Harmoni selama 3 hari melibatkan kawasan 3 ekar.

Keadaan kebakaran di Kg Sedi, Pulau Bruit (Ogos 11, 2019).

Untuk kes terkini, ianya melibatkan kawasan seperti di bawah iaitu:

BBP Batu Lintang
1. Paradise Garden
2. Jalan Kim Choo Shin
3. Jalan Batu Kitang Loji Lembaga Air

BBP Serian
1. SMK Tebekang
2. Jalan Serian

BBP Sibu
1. Lorong 1 F1 Permai Jaya
2. No. 1F1 Permai Jaya
3. Pasar Teku

BBP Kota Samarahan
1. Sunblot 129 Lorong 12 Fasa 6A Taman Samarindah
2. Jalan Muara Tuang (Petronas Indah) Kampung Jernang
3. Lorong Nakong 8 Kampung Samarahan

BBP Sg Merah
1. Kampung Bahagia Selatan
2. Jalan Kemuyang
3. Jalan Wawasan
4. Lorong Ikan Belanak Kpg Bahagia Jaya

BBP Bintulu
1. Jalan Ulu Dandan Sebauh
2. Kampung Baru

BBP Saratok
1. Kebun di SK Mudong

BBP Tabuan Jaya
1. Kampung Stutong Baru

BBP Lundu
1. Kampung Siluk Jalan Lundu – Bau

BBP Siburan
1. Jalan Serian-Kuching, Kampung Pancor

BBP Bintangor
1. Jalan Hak Hin-Tulai

BBP Asa Jaya
1. Kampung Tanjung Apong

— DayakDaily