28 penghuni dari 4 buah rumah di Pusa dipindah akibat hakisan tanah

Anggota Bomba menunjukkan hakisan tanah di Sungai Tambak yang menghampiri rumah.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 23 Sept: Seramai 28 penghuni termasuk kanak-kanak dari empat buah rumah di Kampung Tambak, Pusa terpaksa dipindahkan setelah kediaman mereka mengalami hakisan tanah runtuh.

Pada kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi ini, Pihak Bomba Balai Betong mendapati hakisan tanah berlaku di Sungai Tambak pada jarak sembilan kaki daripada rumah terdekat.

Kesemua mangsa telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Bencana Tanah Runtuh. — DayakDaily