27 atlet Sukma Sarawak jalani latihan kem kebangsaan

Abdul Karim pada ucapan di Dewan Undangan Sarawak hari ini.
Advertisement

KUCHING, 19 Nov: Seramai 27 atlit Sarawak dari beberapa acara sukan dipilih menyertai latihan pasukan kebangsaan.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia berikutan persembahan cemerlang mereka semasa Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini.

“Atlet-atlet ini akan menjalani latihan intensif sebagai persediaan menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” kata Abdul Karim.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan Kementerian di Persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) hari ini.

Atlet-Atlet yang dipilih ialah Jeff Chua Yu Yang dan Kelly Teo Yao dari sukan renang, Afif Darwish dan Mohd Danial Hakim (basikal), Fedealis Kom (Taekwondo).

Altamis Aqhar Sallam (skuash), Nur Qaireen Syakira Abedul Samad (kriket), Muhammad Yassin Syahrizan (perahu layar), Hanis Firdaus dan Joachim Rafael (gymnastik).

Wong Ling Ching dari sukan badminton, Mirabel Ting Ern Hui dan Anson Yeo Boon Yiang (golf).

Manakala dari sukan ruqby wanita, lima atlet Sarawak telah dipilih mengikuti pasukan kebangsaan.

Mereka ialah Angeline Malika Atong, Cuthberta Entai, Josie Mavcellina Gone, Vanessa Nyalo David dan Valerie Juan.

Pasukan Petanque pula menyaksikan sembilan atlet dipilih iaitu Dayang Nurulnuhaa Fasihah Abang Misbahhuddin, Sharifah Dania Malyana Wan Deros, Farid Amirul Muhamad, Nur Durratul Sahira Yazit, Akhtar Shauqi Aini Mohd Dom, Abdul Harith Oris, Aniq Ashraf Mohamad Hafizul, Alif Zayd Zen dan Ain Aisyah Ezlan. — DayakDaily

Advertisement