Perusahaan kecil dan sederhana digesa tingkatkan kapasiti

Wee (tengah) di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU). Turut kelihatan Alan Chai (tiga dari kiri) dan Wei (tiga dari kanan).

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 30 April: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng menggesa Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) untuk terus meningkatkan kapasiti.

Katanya, ia penting agar setiap PKS dapat menghasilkan produk berkualiti dan perkhidmatan berdaya saing.


“Dalam keadaan ekonomi sekarang, PKS menghadapi cabaran bersaing di pasaran dunia dan merebut peluang perniagaan.

“Untuk mengambil peluang potensi ini, setiap PKS hendaklah meningkatkan kapasiti,” kata Wee.

Beliau berkata demikian di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Leaves Food Industries Sdn Bhd dan Hornbill Agriculture Sdn Bhd hari ini.

Tambah Wee, kerajaan mengalakan pihak industri untuk melakukan transformasi seperti mengemas kini model perniagaan dan menggunapakai teknologi terkini.

Katanya, syarikat Leaves Food Industries and Hornbill Agriculture adalah contoh terbaik dalam amalan inovasi, pengeluaran, pemasaran, perolehan dan pengurusan kewangan.

“Kerjasama ini bukan sekadar satu perjanjian kontrak, ia satu usaha ke arah amalan inovasi.

“Ia mengutamakan komitmen bersama untuk mewujudkan satu suasana sihat bagi perkembangan perniagaan dan kesejahteraan komuniti,” kata Wee.

Pada MoU itu, Leaves Food Industries diwakili CEO Alan Chai, manakala Hornbill Agriculture diwakili Pengarah Urusan Alan Wei. — DayakDaily