25 lagi lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak

DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 6 Sept: Sebanyak 25 lokaliti di Sarawak diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini berkata ia melibatkan daerah Bintulu, Tatau, Sebauh, Pakan, Meradong, Julau, Subis, Beluru, saratok, Betong, Simunjan dan Selangau.

Menurut JPBNS, di Bintulu, PKPD dikuatkuasakan dari 5 hingga 18 Sept 2021 membabitkan bilik sewa atas Kedai Heng Huat Hin Furniture, Kuarters Pekerja Kunci Raya Kemena Bintulu, Kuarters Pekerja SK Lifestyle Medan Jaya.

“PKPD bagi tempoh yang sama turut dikenakan di Kuarters Pekerja Workshop Iron Head Jalan Tatau-Bintulu, Rumah Alih Nyawin dan Kuarters Pekerja Grandee Development Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan.

Di Tatau, tambah JPBNS, PKPD dikenakan di Rh Senggalang Unggat di Sungai Selitut mulai 5 hingga 18 Sept 2021, manakala di Sebauh di Rh Mebak Agi di Sungai Assau untuk tempoh yang sama.

“Turut diarahkan menjalani PKPD dalam tempoh 6 hingga 19 Sept 2021 ialah Rh Christina di Nunggang dan Rh Liman di Munggu Temedak Pakan.

“Di Meradong, Kampung Darul Falah dikenakan PKPD juga mulai 6 hingga 19 Sept 2021.

“Rh Morris di Sungai Suchong di Julau, Rh Awain Bayang di Sungai Seloi di Subis dan Asian Plantation Milling Sdn Bhd dikenakan PKPD mulai 6 hingga 20 Sept 2021,” katanya.

Dalam pada itu, JPBNS berkata empat lokaliti di Saratok turut dikenakan PKPD mulai 7 hingga 20 Sept 2021.

Kesemua lokaliti ialah Rh Mawan Kawit di Krian, Rh Tama di Ng Melupa, Rh Bama di Ng Risau dan Rh Wilfred Ukik di Sg Berangan, Sebetan.

Manakala di Betong, PKPD bagi tempoh yang sama melibatkan Rh Nyuang di Babu, Rh Gara di Belassau, Rh Lawrence Ludan di Luban dan Rh Jamit di Ng Teru Atas, Debak.

Mengulas lanjut, JPBNS berkata dua lokaliti di Simunjan iaitu di Kampung Lubok Buntin dan Kilang Koperasi Permodalan Felda (KPF) dikenakan PKPD mulai 7 hingga 20 Sept 2021, manakala di Selangau, PKPD dikenakan di Rh Gawong Chang, Batu 28 di Skim Sekuau mulai 8 hingga 21 Sept 2021. — DayakDaily