23 delegasi Kesatuan Eropah tiba di Kuching bagi lawatan kerja

Antara delegasi EU yang tiba di Kuching hari ini.

KUCHING, 13 Feb: Seramai 23 orang delegasi daripada Kesatuan Eropah (EU) tiba di Sarawak bagi melakukan lawatan kerja rasmi selama lima hari di Sarawak bermula hari ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), rombongan tersebut dijadual membuat lawatan ke Kampung Budaya Sarawak di Santubong pada jam 2 petang.

Rombongan seterusnya mengadakan mesyuarat bersama World Wildlife Fund (WWF) Malaysia dan menghadiri jamuan malam.


Pada Rabu pula, rombongan EU tersebut akan menghadiri program ā€˜Business Dayā€™ anjuran Eurocham dengan kerjasama Invest Sarawak di Muzium Budaya Borneo, Kuching.

Pada hari berikutnya pula, delegasi berkenaan akan mengadakan lawatan ke fasiliti mikroalga di Pusat Biodiversiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pada Jumaat, delegasi tersebut dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Petua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Manakala pada Sabtu, mereka dijadualkan melakukan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof sebelum berangkat pulang. ā€” DayakDaily