This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 6 Sep: Akaun aplikasi Telegram Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari yang lepas.
Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari jni berkata, perkara serius itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya.
“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui diri dan menyamar sebagai YB Tan Sri Wan Junaidi terutamanya jika ada perkara yang melibatkan kewangan atau temujanji untuk berjumpa.
“Bagi sesiapa yang menerima mesej atau panggilan sebegini, boleh menghubungi pejabat saya di talian 03-2601 7610 untuk pengesahan lanjut,” katanya.
Wan Junaidi kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan turut melaporkan tindakan penggodam- penggodam ini kepada pihak yang berkuasa. — DayakDaily