17 persatuan, JKKK dan badan kerajaan terima Geran Outright Ahli Parlimen Kapit

Nanta (dua dari kanan) menyerah cek Geran Outright kepada seorang penerima.

KAPIT, 21 Dis: Sejumlah 17 persatuan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta badan kerajaan di sini menerima cek Geran Outright bagi Ahli Parlimen Kapit.

Kesemua cek terbabit diserahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu majlis ringkas di Hotel Meligai di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit memberitahu cek yang bernilai keseluruhan sebanyak RM300,950 itu bertujuan untuk membolehkan semua badan kerajaan, Persatuan serta JKKK terlibat dalam melaksanakan aktiviti mereka. — DayakDaily