This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 28 Ogos: Sejumlah 15 lelaki gelandangan ditemui dalam satu operasi yang diadakan semalam di Bahagian Kuching.
Menurut laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), 9 daripada jumlah tersebut didapati mengalami masalah kesihatan mental manakala seorang gelandangan mengalami masalah keluarga. Yang selebihnya mengalami masalah dadah (2), memerlukan kebebasan (2) dan ingin mencari duit sendiri (1).
Kawasan yang kerap dihuni gelandangan di Kuching ialah Lebuh Java dan Waterfront, Lebuh India dan Saujana, Taman Jubli dan Bandar Baru Samariang.
Kawasan lain ialah bangunan hadapan Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Satok.
Operasi telah diketuai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah. — DayakDaily