148 terima pingat, darjah-darjah kebesaran negeri Sarawak

Tun Taib mengurniakan Darjah Johan Bintang Sarawak (JBS) kepada Dr Annuar.

KUCHING, 26 Feb: Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr. Annuar Rapaee mendahului senarai penerima Pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Besar, Astana Negeri, Petra Jaya, pagi tadi.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam dikurniakan Darjah Johan Bintang Sarawak (JBS).

Turut dikurniakan Darjah Johan Bintang Sarawak (JBS) ialah Datin Amar Saptuyah Suib, ADUN Demak Laut Dr. Hazland Abang Hipni dan ADUN Kedup Martin Ben.


Sementara itu, penerima bagi Darjah Johan Bintang Kenyalang (JBK) ialah ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi dan ahli perniagaan Pang Kim Soo.

Pingat Johan Perkhidmatan Cemerlang (JPC) turut dikurniakan kepada Muhamad Yakup Kari dan Abdul Kadir @ Kadir Zainuddin.

Istiadat kemudiannya diteruskan dengan pengurniaan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) kepada Dr Azhar Ahmad, Dr. Rashidah Bolhassan dan Joseph Belayong Punan.

Darjah Pegawai Bintang Sarawak (PBS) telah dikurniakan kepada empat orang penerima manakala Darjah Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) pula menyaksikan seramai 13 penerima.

Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) telah dikurniakan kepada 30 orang penerima, Darjah Ahli Bintang Sarawak (ABS) kepada 25 orang penerima dan 18 penerima bagi Darjah Ahli Bintang Kenyalang (ABK).

Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) pula telah dikurniakan kepada 26 orang penerima manakala Darjah Bentara Bintang Sarawak (BBS) dikurniakan kepada 21 orang penerima. ā€”DayakDaily.