1,426 kotak air minuman dihantar ke Long Terawan

Kotak air minuman dihantar menggunakan bot ke Long Terawan, Mulu.
Advertisement

KUCHING, 24 Mac: Sebanyak 1,426 kotak air minuman telah dihantar ke kawasan Long Terawan, Mulu semalam setelah penduduk mengalami kekurangan air bersih.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi, ini berikutan keadaan cuaca yang panas dan kering pada awal bulan Mac ini.

“Sehubungan itu, JPBD Marudi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marudi telah menghantar bantuan air minuman kepada beberapa buah kampung dan rumah panjang.

Advertisement

“Antara kampung dan rumah panjang yang terlibat ialah Long Terawan (744 kotak), SK Baya Malang (14 kotak), Rumah Gerinang di Logan Tasong (116 kotak).

“Rumah Jipun di Sungai Gaong (112 kotak), Rumah Vincent di Tanjung Upar (160 kotak), Rumah Rok dan Rumah Anthony di Sungai Linei masing-masing 160 kotak dan 120 kotak,”kata JPBD Marudi menerusi satu laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Tambah JPBD Marudi, bagi penduduk di kawasan Puyut Lubok Nibung, mereka masih lagi menggunakan air hujan sebagai sumber air bersih.

“Walaupun adanya sistem paip graviti namun apabila musim kemarau tempat takungan air akan menjadi kotor dan berkurangan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement