Oleh Dean Adam
MARUDI, Jun 29: Seramai 137 orang termasuk guru, staf dan pelajar dari SK Long Loyang terlibat dalam latihan keselamatan kebakaran di sekolah berkenaan.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, berkata pasukan Bomba dari Balai dan Penyelamat (BBP) Marudi telah menjalankan aktiviti kselamatan kebakaran tersebut.
Jelasnya, ia adalah bagi meningkatkan kesedaran bahaya kebakaran dan tatacara menyelamatkan diri kepada murid-murid di SK Long Loyang.
“Antara aktiviti yang dijalankan ialah termasuk tunjuk ajar tatacara dan kawad pengungsian bangunan.
“Program lain pula ialah ceramah keselamatan kebakaran dan tatacara menyelamatkan diri dan demonstrasi ‘stop, drop and roll’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Law menambah, latihan sama akan dijalankan di sekolah-sekolah yang berminat dari masa ke semasa. — DayakDaily