Oleh Juetila Ozzy
BELAGA, 21 Julai: Sebanyak 13 buah keluarga hilang harta benda dan tempat berteduh apabila rumah mereka di Uma Seping Kajang Long Koyan Sungai Belaga, musnah dalam kebakaran hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak Tiong Ling Hii berkata 10
daripada rumah yang musnah ialah rumah e-kasih dan tiga lagi adalah rumah binaan sendiri.
Jelas beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagaimanapun, katanya bantuan dari segi makanan, alat dapur dan pakaian amat diperlukan pada masa kini.
“Sebanyak 13 buah rumah musnah dalam kebakaran tersebut dan tujuh lagi selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.45 petang dan anggota dari Balai Bomba Belaga terus ke lokasi kejadian yang mengambil masa 4 jam untuk sampai ke lokasi. — DayakDaily