13 atlet Sarawak wakili Malaysia di Temasya Sukan Para Asean Ke-12

Dato Sri Fatimah Abdullah

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 26 April: Tiga belas atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) Sarawak akan mewakili Malaysia bagi Temasya Sukan Para Asean Ke-12 yang akan berlangsung di Cambodia 2023 pada 3 hingga 9 Jun 2023.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan Majlis Paralimpik Malaysia.


“Saya telah menerima jemputan daripada Presiden, Majlis Paralimpik Malaysia untuk hadir ke temasya sukan di Cambodia bagi memberi sokongan kepada semua atlet OKU Sarawak yang terlibat dalam temasya sukan,” katanya.

Fatimah berkata demikian pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Petra Jaya hari ini.

Senarai 13 atlet tersebut terdiri dari Azlan Mos, Bryan Junency Gustin, Nicodemus Manggoi Moses, Bibiana Ahmad dan Sona Agon yang bertanding dalam acara angkat berat; Angeline Melissa Lawas, Willyien Cliff Honseng dan Abdul Razzaq Abdul Rahman dalam acara boccia; Muhammad Nur Syaiful ZZulkafl, Fraidden Dawa dan Mohd Adib Iqbal Abdullah pula dalam acara renang; Ashley Irenaeus Jeck dalam acara badminton; dan Thoo Siaw Lan dalam acara catur. — DayakDaily