11 lokaliti di Sarawak diarahkan PKPD

Foto fail menunjuk sebuah ambulans di kawasan PKPD.

KUCHING, 18 Sept: Sebanyak 11 lokaliti hari ini diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, ia melibatkan daerah Sri Aman, Marudi, Sarikei, Betong dan Saratok.

“Di Sri Aman, PKPD melibatkan 3 lokaliti iaitu Rh Reggie, Kampung San Kemantan di Undop, Rh Apa, Lubok Ju di Undop dan Rh Saloma, Gayau Baru di Pantu mulai 17 hingga 30 Sept.


“Di Marudi melibatkan 1 lokaliti iaitu Kampung Benawa mulai 18 hingga 28 Sept.

“Manakala di Sarikei juga melibatkan 1 lokaliti iaitu Rh Edmund di Sg Baji mulai 18 Sept hingga 1 Okt,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan 2 lokaliti di Betong dikenakan PKPD iaitu Rh Nyalau di Ng Muman dan Rh Jalani, Pok Betong mulai 19 Sept hingga 2 Okt.

Di Saratok PKPD melibatkan 4 lokaliti iaitu Rh Mudan di Kabo, Rh Bansang di Budu, Rh Langan di Ulu Sebetan dan Rh Ajong di Tembawai Pok mulai 19 Sept hingga 2 Okt. —DayakDaily